PENCETUS DFTC


Noraini Binti Abdullah, atau lebih dikenali dengan panggilan Aini Abdullah, merupakan pengasas kepada Darul Fikr Training & Consultancy. Dilahirkan & dibesarkan oleh 2 orang insan yang tabah iaitu Zahara Binti Abu Bakar (Ibu) & Abdullah Bin Yahaya (Ayah). Berasal dari Mutiara, Pulau Pinang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang. Kemudiannya Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Mutiara. Pada 2007 beliau telah memasuki Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam bidang Sains Fizik. Tahun 2008 pula, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Telekomunikasi, di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM, iaitu sebuah Universiti Teknikal yang pertama di Malaysia.

Berpengalaman dalam bidang kejuruteraan selama 3 tahun. Pada masa yang sama bergiat aktif dalam program -program motivasi remaja sekolah. Beliau seorang yang meminati dunia pendidikan, lantas mengambil keputusan untuk berhenti terus dari bekerja sebagai seorang Jurutera.

Setelah itu, beliau memulakan 'Al Fikr Home Tuition' secara persendirian. Dengan kelayakan Certified NLP Practitioner (NFNLP,USA) beliau mengorak langkah ke arena latihan & konsultasi, dan terhasillah Darul Fikr Training & Consultancy. 

"Apabila meninggalnya seorang anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ILMU yang memberi MANFAAT kepada orang lain, anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(HR - Riwayat Muslim)



No comments:

Post a Comment