Assalamualaikum dan salam
motivasi pada anda semua.
Pernahkah anda
mengalami masalah / isu bayaran dalam ceramah yang diadakan ?
Samaada anda berada di
pihak penceramah, mahupun pihak penganjur, semestinya anda mahukan sesuatu yang
menguntungkan anda bukan? Untung yang pelbagai saya maksudkan.
Anda perlu tahu, setiap penceramah atau agensi meletakan rate harga bayaran yang berbeza-beza. Hal
ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Pengalaman
Penceramah (saya gemar menggunakan istilah ‘Penceramah Berimpak Tinggi’ ) Adakah anda orangnya?
- Bayaran
barangan modul
- Kos Penginapan (jika melibatkan program yang lebih dari sehari)
- Transportation pergi-balik penceramah
Walau apa pun yang
terjadi, persepakatan antara pihak penganjur & penceramah amatlah penting
dan haruslah jelas. Kedua pihak haruslah mengutamakan’… apa yang dapat saya/kami sumbangkan…’, berbanding apa yang 'saya/kami
dapat'.
"Dan sebaik-baik manusia adalah orang
yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR. Thabrani dan Daruquthni)
Kebiasaannya, ada beberapa komponen yang harus dititikberatkan
dalam menjalani sesuatu program/ceramah. Antara komponen-komponen itu adalah
seperti berikut:
Pihak Penceramah
- Kualiti Ceramah
-
Jika anda mahukan bayaran yang ‘baik’, pastikan anda punya
kualiti penyampaian yang sangat baik. Hasil dari ceramah anda, pastikan para
peserta mendapat sesuatu yang boleh dimanfaatkan pada diri dan orang sekeliling
mereka.
Pihak Penganjur
- Matlamat program.
- Apa yang mahu dicapai daripada program yang dianjurkan? Ini
merupakan aspek yang paling penting dan utama. Mana tidaknya, jika anda membuat
program tanpa matlamat yang jelas, maka itu adalah sia-sia, membuang masa,
tenaga dan wang.
- Bajet/dana untuk program yang
dianjurkan.
- Pastikan anda mengetahui bajet anda dan amount yang sesuai ‘dilaburkan’ pada aspek-aspek yang tertentu.
Sebagai contoh, aspek makanan untuk perserta, berapa bilangan & kosnya. Ini
akan mempengaruhi ‘untung rugi’ terhadap program yang dianjurkan. Di sini saya
hanya masukan aspek ‘makanan’, belum lagi ‘bayaran penceramah’, anda rasa?
Adakah bajet anda sesuai dan berbaloi dengan hasil yang ingin dicapai ?
- Fasilitis atau kemudahan dalam
program yang dianjurkan (pilihan, ia penting tapi bukanlah yang utama)
- Sekiranya anda mengenakan yuran pada para peserta. Maka sudah sudah
tentu mereka mengharapkan kemudahan/environment tempat program yang kondusif
dan selesa. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah menyertai sebuah
program, Yuran program adalah sebanyak RM4400, tapi tempat program adalah di
sebuah bilik, deretan kedai. Ruangan solat agak sempit dan ada bau yang kurang
menyenangkan. Jika anda berada ditempat saya, apa yang anda rasakan?
Kami di Darul Fikr
Training & Consultancy juga tidak lari dari masalah / isu ini. Anda nampak
tak ‘masalah’ ? Saya maksudkan ‘masalah’ itu harus di delete / dihapuskan dalam pemikiran
kita. Sebenarnya ia bukanlah 'masalah', yang ada adalah ‘cabaran’. Itulah yang membuat
kejayaan kita bermakna.
Diharapkan entry ini mungkin tidak
menyeluruh, tapi diharapkan ia membantu anda yang dilanda kebuntuan. Semoga
bermanfaat.
Read More »