Sunday, February 28, 2016

APA ITU NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING)




Neuro Linguistic Programming atau lebih dikenali sebagai NLP, merupakan salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan cara minda manusia beroperasi. Ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) ini mampu mencetuskan perubahan minda yang positif lantas memberi impak kehidupan yang bermotivasi pada diri dan masyarakat di sekeliling kita.
                                              
Setelah mempelajari ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) yang asas, saya mendapati banyak perubahan yang berlaku pada saya dan orang disekeliling saya, sudah hampir sebulan saya belajar ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) dan Alhamdulillah impaknya sangat menakjubkan. Benarlah Firman Allah S.W.T;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Neraka), kecuali orang-orang yang berIman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka pahala tidak putus-putus.”
(Surah At Tin: Ayat 4-6)

Daripada ayat-ayat diatas kita menyakini bahawa Allah.S.W.T telah mencipta manusia dalam keadaan yang terbaik. Maka sudah tentu pada diri setiap manusia mempunyai potensi yang luar biasa berbanding makhluk-makhlukNya yang lain. Walaupun ada dikalangan kita yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna anggota, tetapi mereka tetap bergelar manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T dalam sebaik-baik penciptaan. Kenapa saya berkata begitu? Anda kenal dengan Nick Vujicic? Beliau merupakan penceramah motivasi yang terkenal diserata dunia. Beliau dilahirkan dalam keadaan tangan dan kaki yang tidak sempurna tetapi pada masa yang sama beliau masih mampu menggunakan kuasa mindanya secara luar biasa untuk mempengaruhi orang di sekelilingnya. Pengaruh yang bagaimana? Pengaruh minda pada erti perjuangan hidup yang sebenar. Apabila Nick memberi ceramah, beliau pasti akan mampu ‘memukau’ orang yang mendengarnya, mereka yang berasa putus asa akan kembali ‘bangkit’ dengan semangat yang wajar untuk meneruskan perjuangan hidup mereka.

Nah, maafkan saya, sekiranya orang bukan Islam mampu melakukannya, apatah lagi kita orang Islam? Sudah pasti kita juga mampu melakukannya. Sebab itu di dalam ayat 5-6, dalam Surah At-Tin, Allah S.W.T menyatakan bahawa manusia yang sebaik-baik penciptaan itu akan kembali ke dalam nereka KECUALI mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bahkan orang-orang yang beriman ini akan memperoleh pahala yang tidak putus-putus. Siapakah orang yang beriman itu? Saya katakan kita adalah orang yang beriman itu. Kenapa? Kerana kita adalah satu-satunya makhluk yang mampu membuat pertimbangan untuk memilih perkara yang baik atau sebaliknya. Ia merupakan pilihan yang dibuat tanpa paksaan, sebaliknya atas kerelaan diri sendiri, tidak seperti makhluk-makhluk yang lain. Bagaimana untuk menjadi orang yang mampu mengerjakan amal soleh (amal yang baik)? Jawapannya sudah tentu perlu kepada ILMU.

“Jika kamu mahukan dunia hendaklah dengan ILMU, jika mahukam akhirat hendaklah dengan ILMU dan jika kamu mahukan dunia dan akhirat hendaklah dengan ILMU”
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, untuk meningkatkan prestasi amal soleh yang cemerlang maka kita perlu kepada ilmu, dan saya katakan, salah satu daripadanya adalah dengan mengaplikasikan ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment