Tanggal 28 November 2015, Sabtu, berlangsungnya NLP Grand Power Seminar, bertempat di Bangunan MATRADE Kuala Lumpur.
Bermula dari hari ini, maka
tercetuslah ledakan idea - idea yang dipendam selama ini.
Ya! Idea yang dipendam, disimpan, dan
bersedia untuk meletus tepat pada masanya.
Ia adalah ‘Idea-idea’ untuk menjadi
seorang PENDIDIK.
Sedari alam universiti lagi diri
ini telah tekad untuk menjadi seorang pendidik. PENDIDIK…
PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…pendek
kata mati hidup balik pun saya MAHU jadi PEN…DI…DIK…
KENAPA PENDIDIK?
KERANA;
"Apabila
seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah
jariah,atau ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN atau doa anak yang
soleh untuknya."
(Hadith
Sahih - Riwayat Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mungkin anda tertanya, Mengapa saya
memilih kerjaya Jurutera jika bercita-cita menjadi seorang 'PENDIDIK' ?
Jawapan saya; ialah kerana konsep
'Fahmu' yakni FAHAM.
Sedari zaman sekolah hinggalah ke
zaman universiti, saya pernah berjumpa dengan 'guru' yang hanya 'mengajar'
tapi tidak 'mendidik', yang hanya mengajar tanpa menghubungkait topik
pembelajaran dengan aplikasi sekitar, jadinya saya kurang faham dan prestasi
pelajaran agak kebelakang.
Di atas faktor itulah, saya
mengambil keputusan untuk menimba pengalaman dalam bidang kerjaya
terlebih dahulu. Kemudian menceburi bidang pendidikan, dengan harapan saya mampu menghubungkait topik
pembelajaran dengan aplikasi sekitar. Pengalaman saya mungkin tidak banyak,
tapi ia mencukupi.
Saya amat berterima kasih kepada
semua guru -guru yang mengajar & mendidik saya selama ini, kerana mereka
telah membuka mata saya akan erti pendidikan yang sebenar. Mereka semua adalah
baik, dan saya banyak belajar secara langsung & tidak langsung akan teknik
pembelajaran yang sebenar. Terima Kasih Guru. Semoga ALLAH S.W.T merahmati
kalian sekeluarga, Ameen..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hasil daripada NLP Grand Power
Seminar, saya rasa lebih berani & lebih yakin untuk melonjak ke 'stage'
yang seterusnya, iaitu DUNIA PENDIDIKAN ! Pada saya, definisi
'pendidikan' itu luas, dan saya punya tafsiran yang tersendiri. Apapun matlamatnya hanya satu, untuk mencapai Mardhatillah
yakni Redha ALLAH.
NLP membuka minda & mata hati
saya untuk lebih YAKIN bahawa saya adalah sebaik - baik
penciptaan.
“Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia sebagai bentuk yang sebaik-baik kejadian”
(At
Tin : 5)
Anda punya potensi diri yang sangat
luar biasa. Cumanya perlu kepada ilmu, teknik serta NIAT yang betul. Jika anda
punya semua ini, saya yakin anda mampu menyerlah jauh dengan luar
biasa.
Saya sudah mengorak langkah yang
luar biasa. Anda bila lagi ?
No comments:
Post a Comment