Tuesday, February 9, 2016

BAYARAN PENCERAMAH & BAGAIMANA CARA MENGATASINYA


Assalamualaikum dan salam motivasi pada anda semua.

Pernahkah anda mengalami masalah / isu bayaran dalam ceramah yang diadakan ?
Samaada anda berada di pihak penceramah, mahupun pihak penganjur, semestinya anda mahukan sesuatu yang menguntungkan anda bukan? Untung yang pelbagai saya maksudkan.

Anda perlu tahu, setiap penceramah atau agensi meletakan rate harga bayaran yang berbeza-beza. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  1. Pengalaman Penceramah (saya gemar menggunakan istilah ‘Penceramah Berimpak Tinggi’ ) Adakah anda orangnya?
  2. Bayaran barangan modul
  3. Kos Penginapan (jika melibatkan program yang  lebih dari sehari)
  4. Transportation pergi-balik penceramah
Walau apa pun yang terjadi, persepakatan antara pihak penganjur & penceramah amatlah penting dan haruslah jelas. Kedua pihak haruslah mengutamakan’… apa yang dapat saya/kami sumbangkan…’, berbanding apa yang 'saya/kami dapat'.
"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)
Kebiasaannya, ada beberapa komponen yang harus dititikberatkan dalam menjalani sesuatu program/ceramah. Antara komponen-komponen itu adalah seperti berikut:
Pihak Penceramah
  1. Kualiti Ceramah
-          Jika anda mahukan bayaran yang ‘baik’, pastikan anda punya kualiti penyampaian yang sangat baik. Hasil dari ceramah anda, pastikan para peserta mendapat sesuatu yang boleh dimanfaatkan pada diri dan orang sekeliling mereka.
Pihak Penganjur
  1. Matlamat program.
-     Apa yang mahu dicapai daripada program yang dianjurkan? Ini merupakan aspek yang paling penting dan utama. Mana tidaknya, jika anda membuat program tanpa matlamat yang jelas, maka itu adalah sia-sia, membuang masa, tenaga dan wang.
  1. Bajet/dana untuk program yang dianjurkan.
-     Pastikan anda mengetahui bajet anda dan amount yang sesuai ‘dilaburkan’ pada aspek-aspek yang tertentu. Sebagai contoh, aspek makanan untuk perserta, berapa bilangan & kosnya. Ini akan mempengaruhi ‘untung rugi’ terhadap program yang dianjurkan. Di sini saya hanya masukan aspek ‘makanan’, belum lagi ‘bayaran penceramah’, anda rasa? Adakah bajet anda sesuai dan berbaloi dengan hasil yang ingin dicapai ?
  1. Fasilitis atau kemudahan dalam program yang dianjurkan (pilihan, ia penting tapi bukanlah yang utama)
-     Sekiranya anda mengenakan yuran pada para peserta. Maka sudah sudah tentu mereka mengharapkan kemudahan/environment tempat program yang kondusif dan selesa. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah menyertai sebuah program, Yuran program adalah sebanyak RM4400, tapi tempat program adalah di sebuah bilik, deretan kedai. Ruangan solat agak sempit dan ada bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada ditempat saya, apa yang anda rasakan?
Kami di Darul Fikr Training & Consultancy juga tidak lari dari masalah / isu ini. Anda nampak tak ‘masalah’ ? Saya maksudkan ‘masalah’ itu harus di delete / dihapuskan dalam pemikiran kita. Sebenarnya ia bukanlah 'masalah', yang ada adalah ‘cabaran’. Itulah yang membuat kejayaan kita bermakna.

Diharapkan entry ini mungkin tidak menyeluruh, tapi diharapkan ia membantu anda yang dilanda kebuntuan. Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment