Sunday, February 28, 2016

APA ITU NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING)




Neuro Linguistic Programming atau lebih dikenali sebagai NLP, merupakan salah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan cara minda manusia beroperasi. Ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) ini mampu mencetuskan perubahan minda yang positif lantas memberi impak kehidupan yang bermotivasi pada diri dan masyarakat di sekeliling kita.
                                              
Setelah mempelajari ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) yang asas, saya mendapati banyak perubahan yang berlaku pada saya dan orang disekeliling saya, sudah hampir sebulan saya belajar ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) dan Alhamdulillah impaknya sangat menakjubkan. Benarlah Firman Allah S.W.T;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (Neraka), kecuali orang-orang yang berIman dan mengerjakan amal soleh; maka mereka pahala tidak putus-putus.”
(Surah At Tin: Ayat 4-6)

Daripada ayat-ayat diatas kita menyakini bahawa Allah.S.W.T telah mencipta manusia dalam keadaan yang terbaik. Maka sudah tentu pada diri setiap manusia mempunyai potensi yang luar biasa berbanding makhluk-makhlukNya yang lain. Walaupun ada dikalangan kita yang dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna anggota, tetapi mereka tetap bergelar manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T dalam sebaik-baik penciptaan. Kenapa saya berkata begitu? Anda kenal dengan Nick Vujicic? Beliau merupakan penceramah motivasi yang terkenal diserata dunia. Beliau dilahirkan dalam keadaan tangan dan kaki yang tidak sempurna tetapi pada masa yang sama beliau masih mampu menggunakan kuasa mindanya secara luar biasa untuk mempengaruhi orang di sekelilingnya. Pengaruh yang bagaimana? Pengaruh minda pada erti perjuangan hidup yang sebenar. Apabila Nick memberi ceramah, beliau pasti akan mampu ‘memukau’ orang yang mendengarnya, mereka yang berasa putus asa akan kembali ‘bangkit’ dengan semangat yang wajar untuk meneruskan perjuangan hidup mereka.

Nah, maafkan saya, sekiranya orang bukan Islam mampu melakukannya, apatah lagi kita orang Islam? Sudah pasti kita juga mampu melakukannya. Sebab itu di dalam ayat 5-6, dalam Surah At-Tin, Allah S.W.T menyatakan bahawa manusia yang sebaik-baik penciptaan itu akan kembali ke dalam nereka KECUALI mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bahkan orang-orang yang beriman ini akan memperoleh pahala yang tidak putus-putus. Siapakah orang yang beriman itu? Saya katakan kita adalah orang yang beriman itu. Kenapa? Kerana kita adalah satu-satunya makhluk yang mampu membuat pertimbangan untuk memilih perkara yang baik atau sebaliknya. Ia merupakan pilihan yang dibuat tanpa paksaan, sebaliknya atas kerelaan diri sendiri, tidak seperti makhluk-makhluk yang lain. Bagaimana untuk menjadi orang yang mampu mengerjakan amal soleh (amal yang baik)? Jawapannya sudah tentu perlu kepada ILMU.

“Jika kamu mahukan dunia hendaklah dengan ILMU, jika mahukam akhirat hendaklah dengan ILMU dan jika kamu mahukan dunia dan akhirat hendaklah dengan ILMU”
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, untuk meningkatkan prestasi amal soleh yang cemerlang maka kita perlu kepada ilmu, dan saya katakan, salah satu daripadanya adalah dengan mengaplikasikan ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming) dalam kehidupan kita.

Read More »

GPS NLP & PENTAULIAHAN ANTARABANGSA NLP PRACTITIONER


Grand Power Seminar NLP Terbaik like emoticon
NLP sebuah cabang ilmu yang berguna untuk mencetuskan potensi diri anda.

“Jika kamu mahukan dunia hendaklah dengan ILMU, jika mahukam akhirat hendaklah dengan ILMU dan jika kamu mahukan dunia dan akhirat hendaklah dengan ILMU”

(HR - Bukhari & Muslim)

‪#‎NLPMalaysia‬
‪#‎DFTC‬


Alhamdulillah, akhirnya berjaya Certfied NLP Practitioner, NFNLP, USA

Terima kasih Sifu Fadzli Yusof, Sifu Firdaus Arshad II, & Sifu U Azlan U Chulan atas ilmu-ilmu yang curahkan.

Banyak lagi yang perlu saya dipelajari. Mohon doakan saya berjaya & menjadi insan yang bermanfaat pada masyarakat.


Sahabat Musafir, Terima Kasih Kak Siti =)
smile emoticonTerima kasih kak

Rakan baru Moon & JeriLyn Abd RahMan - pakar kecantikan & kewanitaan at Lynnrahrahman.shoppe. Kagum dengan semangat mereka sebab mereka MAHU menjadi LEBIH berjaya


Bersama insan-insan hebat VVIP, Alumni NLP.

“Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu & orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah Al-Mujadalah : 11)

Mereka ini hebat kerana ILMU yang dimiliki.

*Tidak kalau dapat berdiri belakang sebelah Fizo Omar, alih-alih kena panggil duduk depan...aiseh



Ilmu yang bermanfaat mengenai Anak & Pelajar.

Hasil Karya Tuan Kushairi & Umi Ros smile emoticon
Menggunakan bahasa NLP yang mudah bersama ilustrasi gambar yang menarik.

Dapatkan dipasaran sekarang !
 


Antara mutiara kata yang disampaikan oleh Prof Muhaya :

"Bersihkan Keladak!Kita berkeladak atau orang lain yang berkeladak? Jangan salah kan orang TAPI salahkan diri sendiri yang berkeladak. "


Kenalan baru Puan Pariza Abdullah (Owner amir perfume) & Fhatj Abd Jalil Orang Kuat PUNB



GPS ! Start...Set...Success


Bersama 'Kak Long' PUNB, Puan Shear. Banyak nasihat & tip-tips perniagaan yang dikongsikan beliau 

Syukur dipertemukan dengan insan-insan yang baik, hebat, dan luar biasa....

Read More »

Monday, February 15, 2016

Seminar Menara Gading @ Universiti Sains Malaysia (USM)


Kenangan berprogram bersama adik-adik lepasan SPM/STPM/STAM dalam Seminar Menara Gading anjuran IKRAMTeens Pulau Pinang, IKRAM Siswa & Persatuan Staf Islam USM.












Read More »

Tuesday, February 9, 2016

BAYARAN PENCERAMAH & BAGAIMANA CARA MENGATASINYA


Assalamualaikum dan salam motivasi pada anda semua.

Pernahkah anda mengalami masalah / isu bayaran dalam ceramah yang diadakan ?
Samaada anda berada di pihak penceramah, mahupun pihak penganjur, semestinya anda mahukan sesuatu yang menguntungkan anda bukan? Untung yang pelbagai saya maksudkan.

Anda perlu tahu, setiap penceramah atau agensi meletakan rate harga bayaran yang berbeza-beza. Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
  1. Pengalaman Penceramah (saya gemar menggunakan istilah ‘Penceramah Berimpak Tinggi’ ) Adakah anda orangnya?
  2. Bayaran barangan modul
  3. Kos Penginapan (jika melibatkan program yang  lebih dari sehari)
  4. Transportation pergi-balik penceramah
Walau apa pun yang terjadi, persepakatan antara pihak penganjur & penceramah amatlah penting dan haruslah jelas. Kedua pihak haruslah mengutamakan’… apa yang dapat saya/kami sumbangkan…’, berbanding apa yang 'saya/kami dapat'.
"Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.”

(HR. Thabrani dan Daruquthni)
Kebiasaannya, ada beberapa komponen yang harus dititikberatkan dalam menjalani sesuatu program/ceramah. Antara komponen-komponen itu adalah seperti berikut:
Pihak Penceramah
  1. Kualiti Ceramah
-          Jika anda mahukan bayaran yang ‘baik’, pastikan anda punya kualiti penyampaian yang sangat baik. Hasil dari ceramah anda, pastikan para peserta mendapat sesuatu yang boleh dimanfaatkan pada diri dan orang sekeliling mereka.
Pihak Penganjur
  1. Matlamat program.
-     Apa yang mahu dicapai daripada program yang dianjurkan? Ini merupakan aspek yang paling penting dan utama. Mana tidaknya, jika anda membuat program tanpa matlamat yang jelas, maka itu adalah sia-sia, membuang masa, tenaga dan wang.
  1. Bajet/dana untuk program yang dianjurkan.
-     Pastikan anda mengetahui bajet anda dan amount yang sesuai ‘dilaburkan’ pada aspek-aspek yang tertentu. Sebagai contoh, aspek makanan untuk perserta, berapa bilangan & kosnya. Ini akan mempengaruhi ‘untung rugi’ terhadap program yang dianjurkan. Di sini saya hanya masukan aspek ‘makanan’, belum lagi ‘bayaran penceramah’, anda rasa? Adakah bajet anda sesuai dan berbaloi dengan hasil yang ingin dicapai ?
  1. Fasilitis atau kemudahan dalam program yang dianjurkan (pilihan, ia penting tapi bukanlah yang utama)
-     Sekiranya anda mengenakan yuran pada para peserta. Maka sudah sudah tentu mereka mengharapkan kemudahan/environment tempat program yang kondusif dan selesa. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya pernah menyertai sebuah program, Yuran program adalah sebanyak RM4400, tapi tempat program adalah di sebuah bilik, deretan kedai. Ruangan solat agak sempit dan ada bau yang kurang menyenangkan. Jika anda berada ditempat saya, apa yang anda rasakan?
Kami di Darul Fikr Training & Consultancy juga tidak lari dari masalah / isu ini. Anda nampak tak ‘masalah’ ? Saya maksudkan ‘masalah’ itu harus di delete / dihapuskan dalam pemikiran kita. Sebenarnya ia bukanlah 'masalah', yang ada adalah ‘cabaran’. Itulah yang membuat kejayaan kita bermakna.

Diharapkan entry ini mungkin tidak menyeluruh, tapi diharapkan ia membantu anda yang dilanda kebuntuan. Semoga bermanfaat.


Read More »

Sunday, February 7, 2016

CERTIFICATION NLP PRACTITIONER

Kenangan bersama peserta peserta NLP Practitioner Batch 11.










Read More »

Saturday, February 6, 2016

ASPIRASI DARI NLP


Tanggal 28 November 2015, Sabtu, berlangsungnya NLP Grand Power Seminar, bertempat di Bangunan MATRADE Kuala Lumpur.



Bermula dari hari ini, maka tercetuslah ledakan idea - idea yang dipendam selama ini.

Ya! Idea yang dipendam, disimpan, dan bersedia untuk meletus tepat pada masanya.

Ia adalah ‘Idea-idea’ untuk menjadi seorang PENDIDIK.

Sedari alam universiti lagi diri ini telah tekad untuk menjadi seorang pendidik. PENDIDIK…

PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…PENDIDIK…pendek kata mati hidup balik pun saya MAHU jadi PEN…DI…DIK…

KENAPA PENDIDIK?

KERANA;

"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ILMU YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN atau doa anak yang soleh untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mungkin anda tertanya, Mengapa saya memilih kerjaya Jurutera jika bercita-cita menjadi seorang 'PENDIDIK' ?

Jawapan saya; ialah kerana konsep 'Fahmu' yakni FAHAM. 

Sedari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti, saya pernah berjumpa dengan 'guru' yang hanya 'mengajar' tapi tidak 'mendidik', yang hanya mengajar tanpa menghubungkait topik pembelajaran dengan aplikasi sekitar, jadinya saya kurang faham dan prestasi pelajaran agak kebelakang.

Di atas faktor itulah, saya mengambil keputusan untuk menimba pengalaman dalam bidang kerjaya terlebih dahulu. Kemudian menceburi bidang pendidikan, dengan harapan saya mampu menghubungkait topik pembelajaran dengan aplikasi sekitar. Pengalaman saya mungkin tidak banyak, tapi ia mencukupi.


Saya amat berterima kasih kepada semua guru -guru yang mengajar & mendidik saya selama ini, kerana mereka telah membuka mata saya akan erti pendidikan yang sebenar. Mereka semua adalah baik, dan saya banyak belajar secara langsung & tidak langsung akan teknik pembelajaran yang sebenar. Terima Kasih Guru. Semoga ALLAH S.W.T merahmati kalian sekeluarga, Ameen..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hasil daripada NLP Grand Power Seminar, saya rasa lebih berani & lebih yakin untuk melonjak ke 'stage' yang seterusnya, iaitu DUNIA PENDIDIKAN ! Pada saya, definisi 'pendidikan' itu luas, dan saya punya tafsiran yang tersendiri. Apapun matlamatnya hanya satu, untuk mencapai Mardhatillah yakni Redha ALLAH. 



NLP membuka minda & mata hati saya untuk lebih YAKIN bahawa saya adalah sebaik - baik penciptaan. 

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia sebagai bentuk yang sebaik-baik kejadian”
(At Tin : 5)

Anda punya potensi diri yang sangat luar biasa. Cumanya perlu kepada ilmu, teknik serta NIAT yang betul. Jika anda punya semua ini, saya yakin anda mampu menyerlah jauh dengan luar biasa. 

Saya sudah mengorak langkah yang luar biasa. Anda bila lagi ?




Read More »